Tuesday, January 11, 2011

Dugaan... Cabaran...


Salam...

Lantaran ke'bizi'an yang melanda.. Terlalu lama rasanya blog ni macam tak terusik. Kalau blog ni macam perabot rasanya dah berhabuk dan lengkap dengan sarang lelabah.

Dugaan datang kepada kita dengan pelbagai bentuk, situasi dan masa. Kekadang dugaan yang datang tu betul-betul membuatkan kita rasa macam dah tewas dah. Ramai orang mengambil jalan mudah dan singkat ketika menempuh cabaran dan dugaan ini. Kalau dugaan di tempat kerja, jalan yang paling mudah adalah untuk berhenti kerja. Kalau dugaan dengan kewangan jalan yang paling mudah adalah berhubung dengan saudara paling tua (Along). Kalau dugaan dalam berkeluarga jalan yang paling mudah adalah untuk memutuskan tali kekeluargaan. Dan untuk semua diatas ada lagi satu jalan yang orang sanggup buat... iaitu bunuh diri. Hakikatnya, segala di atas dan jalan penyelesaiannya mengundang semakin banyak masalah.

Dugaan untuk aku dan kengkawan disini adalah bila sesuatu yang kita cuba penuhi dan janjikan itu tidak dapat kami tunaikan. Aku yang sebagai ketua kat sini lagi laa.. Kalau la mak ayah bebudak ni pun mak ayah aku jugak.. rasanya dah lama aku disumpah jadi batu macam si Tanggang atau Malim Demang (versi Indon).

Agaknya macam ni la kalau aku kena sumpah... huhuhuhu...

Kekadang menitis air mata menghadapi situasi ini.. apatah lagi bila meronda waktu malam dan tengok bebudak ni tidur. Diaorang datang dari seluruh latarbelakang, permasalahan dan dugaan yang berbeza. Dan berada disini dengan harapan untuk membina sesutu yang baru.. untuk masa depan yang lebih sempurna. Dan itu jatuh atas bahu aku dan kengkawan untuk menyempurnakan janji yang telah dibuat.

Semua pedih dugaan tu akan segera hilang bila teringat kembali janji serta bila perhati muka bebudak ni semua. Segalanya cuba dilakukan dengan sebaik mungkin demi kebaikan anak-anak ini (especially Facilitators Team.. THANKS GUYS...)

Segala dugaan dan cabaran yang kita tempuhi hari ini adalah satu kurniaan dari Tuhan. Dia memberi kita dugaan kerana Dia tahu kita mampu menempuhi dugaan ini dan akan memperolehi sesuatu dari dugaan ini.

1 comment:

  1. Mungkin telah tersurat, perjuangan itu hanya sampai di sini...

    ReplyDelete